Suasana di ruang tamu kediaman banglo
3 tingkat itu agak sesak dengan sanak saudara yang sibuk menguruskan segala
persiapan untuk perkahwinan Adam Hafizi yang akan berlangsung 2 hari lagi. Adam
Hafizi yang sibuk memerhati pakcik-pakciknya membentang kanopi di luar rumah
sekadar menggeleng kepala melihat keriangan di wajah ibu dan ayahnya. Menantu
pertamalah katakan,desis hatinya.
Melihat kelibat
ahli keluarganya yang bertungkus lumus menyiapkan kerja,ringan sahaja tangannya
membantu menghulur segala keperluan yang digunakan. Halaman rumah yang besar
itu hampir kesemua ruangnya telah ditutupi oleh kanopi serba putih. Tidak
senang melihat pakcik-pakciknya mengerah keringat menyiapkan segalanya,lantas
dia mendekati Pak Su Azman yang sedang memanjat staircase untuk memperbetulkan kanvas kanopi di bahagian atas. Adam
Hafizi mendongak sambil menahan tangga yang dinaiki Pak Su Azman dari
bergoyang. Kelibat sepupunya,Ashraf yang berjalan mendekati di toleh sekilas.
“Ayah,ada hand drill tak dengan ayah? Along pinjam
kejap,”pintanya sambil mengesat peluh yang merenik di dahi dengan sehelai sapu
tangan.
“Ada …termasuk pula dekat tool bag ayah.” Jawab Pak Su Azman sambil tangannya cuba mencapai tool bag yang dililit di pinggangnya.
“Buat apa drill tu? Nanti abang tolong,Ash rehat
dululah.” Wajah anak muda itu dipandang. Ashraf sekadar ketawa kecil.
“Tak payahlah
abang Fizi,sikit lagi ni. Sepatutnya abang yang kena duduk dalam rumah
diam-diam,darah manis tu,kalau ada apa-apa yang tak baik berlaku nanti susah,”ujarnya
sambil menyingsing lengan T-shirt
yang dipakainya. Adam Hafizi ketawa besar,itulah istilah yang sering didengari
dalam seminggu dua ini. Buat kerja sikit,ibu sudah meleter.
“Tak adanya
macam tu Ash,semua tu ketentuan ALLAH. Mengelak seribu daya sekalipun,ALLAH
kata jadi,jadilah ia.” Tuturnya sambil menepuk-nepuk bahu sepupunya itu. Ashraf
terangguk-angguk.
Pak Su Azman perlahan-lahan
menghulurkan hand drill ke bawah
namun dengan tidak semena-mena pegangannya terlepas dan menyebabkan hand drill itu jatuh tepat ke arah
kepala Adam Hafiz. Ashraf yang melihat keadaan itu segera mendapatkannya yang
sudah terduduk di halaman rumah mereka. Pak Su Azman terkocoh-kocoh menuruni
anak tangga apabila melihat keadaan anak buahnya itu.
Adam Hafizi
mengaduh kecil sambil tangan kirinya menekup dahi yang terkena hentakan tadi.
Ahli keluarga yang lain segera berkumpul melihat keadaanya. Sebaik sahaja
tangannya dialihkan,darah merah pekat mengalir membasahi sebahagian wajahnya.
Rata-rata ahli keluarganya sudah panik melihat kecederaan yang dialaminya.
Lantas ditekupnya kembali dahinya bagi mengelakkan cecair merah pekat itu terus
mengalir deras.
“Astaghfirullahalazim,sungguh
pakcik tak sengaja Kimi. Maafkan pakcik” tutur Pak Su Azman dengan nada cemas.
Ashraf yang
duduk melutut di sebelahnya segera menghulur sapu tangan untuk menahan
pendarahan di dahinya. Adam Hafizi tersenyum sambil menyentuh bahu Pak Su
Azman.
“Tak adalah pak
su,benda nak jadi. Bukan salah pak su.” Tenang dia menutur kata sambil mengelap
darah di dahi sambil cuba
untuk berdiri. Ibu dan ayahnya yang berada di dalam rumah sebentar tadi sudah
berada di sampingnya.
“Kan ibu dah pesan banyak
kali,tak usah buat kerja macam ni! Degil,kan
dah luka tu!”marah ibunya sambil meneliti luka di dahi anak sulungnya itu.
Ayahnya yang bertanyakan mengenai insiden itu kepada adiknya Azman sekadar
mengeluh.
“Sikit aja
ibu,jangan risaulah,”ujar Adam Hafizi.
“Hah! Dah,pergi
masuk dalam. Kejap lagi kita pergi klinik.” Adam Hafizi menggeleng laju.
“Takpalah
ibu,lekat plaster ok dah.” Spontan
dia melangkah laju sambil mendongakkan kepalanya sedikit bagi mengelakkan darah
terus mengalir.
Nurul Aiman yang
baru keluar dari dapur menjerit kecil melihat wajah alongnya yang dibasahi
darah. Heboh satu rumah melihat keadaan bakal pengantin baru yang cedera.
Pantas dia mencapai first aid kit
yang terletak di cabinet dapur lalu menuju ke arah alongnya.
“Apa kena ni?
Macam mana boleh luka? Dalam tak luka tu?”soal Nurul Aiman bertubi-tubi. Belum
sempat pun Adam Hafizi membuka mulut,Nurul Aiman menyambung lagi.
“Sini ikut
Aiman! Ya ALLAH,besar luka ni.” Pintu toilet
dibuka lantas alongnya didudukkan betul-betul menghadapnya. Saudara mara yang
lain berkumpul di muka pintu,melihat drama ‘ER’
versi Nurul Aiman. Adam Hafizi sekadar mengaduh kecil apabila adiknya itu
mengesat darah yang masih bersisa di dahinya.
“Ni mana boleh
kahwin ni,mana ada pengantin luka. Besar pula tu!” Sakat Nurul Aiman sambil
tangannya ligat membersihkan luka. Adam Hafizi memejamkan mata menahan sakit.
“Ha ni confirm ada parut ni. Mesti kak Suri tak
nak dekat abang dah lepas ni.”
Spontan Adam Hafizi mendongak.
“Teruk sangat
ke?,”soalnya cemas.
“A’ah…nak kena
jahit ni. Paling kurang pun 3 jahitan.” Selamba sahaja Nurul Aiman menutur
kata. Syok juga tengok muka gelabah alongnya. Adam Hafizi menelan liur. 3
jahitan? Oh tidak! Hatinya mulai gelisah.
Wajah adiknya
dipandang sekilas,ada senyuman nakal di situ. Tahulah dia Nurul Aiman sekadar
bergurau. Serentak itu berderai tawanya dan Nurul Aiman. Kelibat ibu dan
ayahnya di muka pintu sekadar menggeleng melihat perangai kedua-dua anak
mereka.
“Tau
takut…”sindir adiknya.
“Takut tak jadi
kahwin.” Nurul Aiman ternganga. Itu pula yang dirisaukan?
“Ada aja along ni,boleh
pula cakap macam tu? Tak baik tau,dah dekat majlis ni. Jangan macam-macam!.”
Tegas suara adiknya memberi amaran. Dia sekadar terangguk-angguk. Serta merta wajah
Suri Iman bermain di ruang matanya.
Selesai membersihkan luka,segera
dia menapak langkah ke ruang tamu. Balutan besar ala-ala mumia di kepalanya
mengundang tawa sanak saudara yang sedang berkumpul di ruang tamu. Habis
segulung bandage digunakan oleh Nurul
Aiman bagi membalut luka di dahinya.
“Macam parah
sangat ni?,”soal ibunya yang agak terkejut.
“Eh taklah,Aiman
ni ha…saja balut macam ni.” Spontan dicubitnya lengan Nurul Aiman yang berdiri
di sebelahnya.
“Betul la macam
ni,tak kena infection nanti. Kan along?.” Adam Hafizi
hanya mampu menggeleng kepala,tidak larat melayan karenah adik bongsunya yang
satu ini. Setelah ibunya berpuas hati melihat keadaan kepalanya yang tidak
berdarah lagi,barulah kedua-dua ibu dan ayahnya berganjak dari ruang tamu. Adam
Hafizi sekadar duduk memerhatikan saudara mara yang sibuk menyarung sampul kad
undangan perkahwinannya. Ingin membantu tapi takut dileteri makcik-makciknya
yang sudah bising melihat keadaannya. Mahu tidak mahu,terpaksalah dia duduk
diam sambil menahan sakit di kepalanya yang berdenyut kuat.
“What’s wrong with your head?” soal Adam
Hakimi yang baru muncul di sebalik pintu utama. Matanya segera tertumpu ke arah
Adam Hafizi yang berbaring di sofa dengan kepala yang berbalut.
“Saja…nak jadi mummy head sekali sekala. Kan Nurul
Aiman Zulkifli?” jawab Adam Hafizi seraya menjegil ke arah adik bongsunya yang
buat-buat tidak tahu.
“Entah along
ni,orang guna drill dekat kayu
ke,simen ke…dia drill kepala pula.”
Adam Hakimi mengerutkan dahi mendengar kata-kata Nurul Aiman. Seketika barulah
dia faham situasi sebenar.
“Tak pergi
klinik ke? Marilah Kimi hantar.” Ada
sedikit kerisauan di hatinya melihat tompok-tompok kecil berwarna merah di kain
balutan itu. Adam Hafizi menggeleng laju dengan mata terpejam.
“Okey dah ni.
Tadi Aiman dah sapu ubat.”
“You’re bleeding,along. Nanti ada darah
beku ke,infection ke. Kan susah?”
Suara Adam Hakimi kedengaran
sayup-sayup pada pendengarannya. Rasa ngilu yang kian mencengkam membuatkannya
terasa bepinar-pinar. Sejurus kemudian tiada lagi kedengaran suara riuh rendah
ahli keluarganya di cuping telinga.
“Laa…patutlah
senyap,dah tidur rupanya mummy head
ni,”ujar Nurul Aiman sambil mengalihkan tangan Adam Hafizi dari kepalanya. Adam
Hakimi mengeluh perlahan. Kesan darah itu kian jelas pada kain balutan.
“Angah
dari mana tadi?” Soal Nurul Aiman setelah melihat riak wajah Adam Hakimi yang
agak keletihan. Adam Hakimi menarik nafas panjang sambil meraup wajahnya.
“Nak
jumpa kawan tapi kereta tu buat hal lagi.”
“Rosak
lagi? Angah hantar pergi workshop kan
senang,tak payah nak repair sendiri.”
Adam Hakimi menggangguk perlahan. Sakit kepalanya memikirkan kereta
kesayangannya itu.
“Tak
boleh biar luka along ni,majlis dah dekat.”ujarnya tegas.
“Nanti
Aiman pujuk along pergi klinik,don’t
worry,”tutur Nurul Aiman apabila melihat wajah serius Adam Hakimi. Tahulah
dia abangnya yang seorang ini tidak puas hati dengan keadaan sekarang.
“If you don’t…I will.” Nurul Aiman
menggangguk faham.
***bersambung