Adam Hafizi merenung tepat ke arah sekeping
gambar kecil yang terselit di dompetnya. Wajah putih bersih yang tersenyum
manis itu membuatkannya gila bayang. Sungguh! Wajah itu tidak ada cela
baginya,malahan cukup sempurna pada penglihatannya. Terasa bagai dibuai mimpi
melihat chubbynya pipi gadis yang
bakal menjadi miliknya nanti. Ketukan di mejanya membuatkan dia tersentak
lantas menutup dompetnya.
Adam Hakimi yang baru sahaja muncul duduk
berhadapan dengannya. Berkerut dahinya melihat kemunculan Hakimi secara
tiba-tiba. Baru sahaja dia ingin membuka mulut,Hakimi sudah bertanya dengan
selamba.
“Daydreaming?” Berkerut dahinya mendengar
soalan itu.
“Tak ada masa nak
mimpi pun…kenapa tanya camtu pula?” soalan berbalas soalan. Wajah serius
adiknya yang dipenuhi renik peluh di pandang sekilas sebelum dia bangkit ke pantry yang terletak di penjuru kanan
pejabatnya.
“Kemaruk sangatlah
along. Dari tadi tatap gambar tu aje,tak boring?” Hafizi tersenyum. Dihulurnya
secawan white coffee kepada Hakimi
sebelum kembali ke tempatnya.
“Get yourself a future wife then along
tanya soalan tadi tu kat Kimi. Kita tengok apa Kimi jawab nanti.” Pantas sahaja
Hakimi menggeleng laju sambil jari telunjuknya digoyangkan ke kiri dan kanan.
“Kalau ada
pun,Kimi rasa tak lah seteruk along ni.”jawabnya laju. Yakin. Hafizi tersenyum
mendengar kata-kata adik lelakinya itu.
“Kalau ALLAH
datangkan seorang perempuan macam Iman dekat Kimi,macam mana?” soal Adam Hafizi
tiba-tiba. Adam Hakimi mengerutkan dahi.
“Macam Iman?”
Adam Hafizi
menggangguk.
“As in?” Giliran Adam Hakimi pula
bertanya. Wajah alongnya yang tersenyum lebar membuatkannya hairan.
“Baik budi
bahasa,hormat orang tua,berilmu,sopan santun dan paling penting…menjaga batas
pergaulannya sebagai seorang hawa,”jelasnya lancar. Adam Hakimi ketawa.
“Mana along tau
dia macam tu?”
Adam Hafizi
sekadar menjungkit bahu. Bertambah besar tawanya melihat reaksi alongnya.
“You can’t barely touch her hand nor seeing
her single hair but you manage to observe all of that? You gotta be kidding me,along.”
Adam Hakimi menggeleng kepala.
“And I’m not so into those type of girls
actually. Nak dengar suara pun susah.” Sambungnya lagi apabila melihat Adam
Hafizi ketawa kecil. Those type of girls?
“We’ll see about that. Hah apasal datang
tiba-tiba? Dengan baju yang basah lencun ni…Kimi dari mana?”soalnya kehairanan.
Setahunya,adik lelakinya ini jarang datang ke syarikat mereka kecuali atas
permintaan ayahnya.
“Nak pergi airport tadi,ambil Aiman. Tiba-tiba
kereta tu meragam pula,nasiblah tak jauh dari sini,”jawab Hakimi sambil
mengesat peluh di wajahnya.
Hafizi menepuk dahi. Macam manalah dia
boleh terlupa kepulangan adik bongsunya hari ini. Padahal dia sudah berja-nji
dengan Aiman untuk menjemputnya di airport
seminggu yang lalu.
“Ya ALLAH! Abang
lupalah! Napa Kimi tak ingatkan? Jom,kita ambil sekarang!”
Tergesa-gesa
dia menyusun fail penting yang berada di atas mejanya. Hakimi yang baru meneguk
sekali white coffeenya tadi turut
tergesa-gesa melihat abangnya yang kelam kabut mencari kunci kereta. Cermin
mata yang diletakkan di meja sebentar tadi dicapai sebelum kedua-duanya berlalu
keluar.
* * * * *
Pandangannya
diarah ke pagar depan rumahnya. Jam yang melingkar di pergelangan tangannya
menunjukkan tepat jam 2 petang. Sesekali dia menarik helaian tudung di bahunya
yang meliang liuk ditiup angin. Pagi tadi uminya menerima panggilan dari ibu
Adam yang meminta keizinan untuk mengajaknya keluar. Setelah menyatakan
persetujuannya,segera dia berasa cemas.
Bagaimana harus dia
membawa diri di hadapan bakal mentuanya nanti?
Tidak
lama selepas itu sebuah kereta asing memasuki perkarangan halaman rumahnya.
Suri bangkit dari bench berdekatan
taman sambil memerhatikan kelibat wanita bertudung yang duduk di sebelah driver seat di sebalik windows kereta yang agak gelap. Mesti
ibu Adam,gumam hatinya. Perlahan sahaja langkahnya mendekati kereta itu sebelum
seorang gadis keluar dari perut kereta diikuti dengan seorang pemuda tinggi
lampai. Serentak itu langkahnya terhenti.
Adam? Habis tu
mana ibunya? Adusss…
“Assalamualaikum”
ucap Adam Hafizi dengan senyuman yang mekar di bibirnya.
Suri menyambut
salam perlahan sambil mengalih pandang ke arah gadis yang bertudung litup
bertentangan dengannya. Spontan tangannya diraih oleh gadis itu lantas
disalami. Suri terpinga-pinga seketika,malu sendiri bila menyedari dia tidak
menghulurkan tangan untuk bersalaman. Wajah Adam dipandang sekilas,memohon
penjelasan tentang gadis dihadapannya kini.
“Kenalkan,ni adik
saya,Nurul Aiman. Aiman,ni bakal suri abang,Kak Iman” ujar Adam ringkas dengan
riak wajah yang riang. Spontan Suri menoleh. Gadis itu tersenyum manis.
“Err minta
maaf,akak tak kenal tadi”tutur Suri.
“Takpa…memanglah
tak kenal,tak pernah jumpa,”jawabnya riang. Suri mengangguk perlahan. Adam
menoleh sekeliling,mencari kelibat kedua orang tua Suri.
“Pakcik dengan
makcik mana?”soal Adam hairan apabila menyedari hanya Suri yang menyambut
kedatangan mereka.
“Oh..umi dengan
abah pergi rumah pak usu saya tadi. Mereka kirim salam.Umi awak mana?”soal Suri
dengan nada yang agak perlahan.
“Ooh…mama tak
dapat ikut. Ada
hal sikit,ni Aiman ganti mama.” Jelas Adam Hafizi. Suri Iman menggangguk
perlahan.
“Kalau macam
tu,boleh kita gerak sekarang?”
“Dah..Eh…tak masuk
dulu?” pelawa Suri.
“Takpelah akak,jom.
Nak borak dengan akak ni.” Adam Hafizi menggeleng melihat telatah adik
bongsunya itu. Suka sangat jumpa bakal kakak ipar.
Suri menguntum
senyum sambil meminta izin untuk mengambil beg tangannya. Sejurus selepas
memberitahu Mak Pah,pembantu rumahnya,Suri segera mendapatkan kedua adik
beradik itu yang masih tercegat di luar. Setibanya di kereta,serentak sahaja
Adam Hafizi dan Nurul Aiman membuka mulut.
“Duduk depan.”
Suri terkulat-kulat. Duduk depan? Dengan lelaki ini?
Nurul Aiman lantas sahaja membukakan pintu
untuknya. Segera dia menggeleng laju.
“Takpa,saya duduk
belakang.”
“Eh tak baiklah
kalau saya duduk depan,macam tak hormat akak pula”ujar Nurul Aiman sambil
menggamit lengan Suri. Adam menggangguk menyetujui kata-kata adiknya. Wajah
cemas Suri hampir-hampir membuatkan tawanya pecah.
“Lagi tak manis orang
tengok nanti.Takpalah Aiman,akak duduk belakang ya?.” Suri Iman menoleh sekilas
ke arah Adam,meminta agar lelaki itu mengerti maksudnya.
Nurul Aiman diam. Perlahan-lahan dia
menggangguk mengiakan kata-kata bakal kakak iparnya itu.
* * * * *
Seminit
baginya berlalu agak lambat. Kereta yang dipandu Adam Hafizi juga dirasakan
seolah-olah tidak bergerak. Dirinya yang bersendirian di seat belakang agak resah apabila menyedari Adam kerapkali
memerhatikannya melalui cermin pandang belakang. Sesekali pandangan mereka
bertembung. Cepat-cepat dia membuang pandang ke luar. Mujurlah ada Nurul
Aiman,kalau tidak entah apa yang mahu dibualkan dengan lelaki ini.
“Akak dah fikir ke
warna tema untuk majlis nanti,?”soal Nurul Aiman riang. Adam Hafizi yang sedang
memandu menoleh. Nurul Aiman tersengih. Sengaja dia mahu mengenakan bakal kakak
iparnya dengan soalan itu. Suka dia melihat wajah perempuan yang bakal menjadi
isteri alongnya.
“Majlis?Majlis apa
Aiman maksudkan?” soal Suri yang tidak dapat menangkap apa yang dimaksudkan
oleh Nurul Aiman.
“Majlis kahwin
akak dengan alonglah. Dah ada warna tema ke?”
Suri tersengih. Malu sendiri. Teragak-agak
dia untuk menjawab soalan Nurul Aiman. Warna apa ek umi cadangkan hari tu? Adam
Hafizi yang turut sama menanti jawapan sekali sekala mencuri pandang wajah
putih mulus Suri Iman yang kian merona merah. Nurul Aiman mengetap bibir
menahan tawa apabila menyedari Suri Iman teragak-agak untuk menjawab soalannya.
“ Nantilah along
bincang dengan Kak Suri. Menyibuk je Aiman ni.” Segera sahaja Adam Hafizi
menjawab bagi pihak Suri Iman. Makin lebar senyuman Nurul Aiman melihat gelagat
alongnya yang agak protective. Sajalah
tu nak kenakan orang,desis hati Adam. Suri Iman menggangguk sahaja.
“Menyibuk dekat
kakak ipar pun tak boleh ke?”
“Saja nak kenakan
along,kan ?”
Adam mencuit bahu adiknya perlahan.
“Eh mana ada? Kan akak?”
Suri Iman tertawa kecil melihat karenah
kedua adik-beradik di hadapannya ini. Sebenarnya dia agak kekok untuk bersuara
di hadapan Adam. Tiap kali dia bersuara,pasti lelaki itu mencuri pandang.
“Habis tu,dah plan ke nak honeymoon kat mana nanti?”
Ahh sudah…soalan ini jugalah yang
keluar,gumam Suri. Adam Hafizi sudah berkerut dahi mendengar soalan bonus
adiknya.
“Apalah Aiman
ni!Tak senonoh betul. Dah,jom keluar” Laju sahaja Adam Hafizi memarkirkan
keretanya berhampiran dengan sebuah shopping
mall. Suri Iman menarik nafas lega. Nurul Aiman pula sekadar ketawa apabila
melihat kedua-dua wajah alongnya dan Suri Iman sudah merona merah macam buah
tomato. Keluar sahaja dari perut kereta,pantas digamitnya lengan Suri Iman
sambil bergandingan memasuki shopping
mall. Nurul Aiman menjelir lidah ke arah alongnya. Adam Hafizi
tersengih-sengih melihat kelakuan adiknya. Tunggulah nanti,jangan harap along
bagi Aiman pegang-pegang suri along,desisnya. Langkahnya diturutkan mengikut
kedua-dua wanita dihadapannya.
Memang niatnya
hari ini untuk membawa Suri Iman keluar untuk memilih cincin tunang sekaligus untuk
perkahwinan nanti. Ibunya yang diajak menemani mereka namun Nurul Aiman pula
yang bertegas ingin menemaninya dengan alasan tidak sabar lagi menemui bakal
kakak iparnya.
Seketika
langkahnya terhenti di hadapan sebuah jewelry
shop. Lantas digamitnya kedua-dua wanita yang leka berbual.
“Kita pilih kat
sini,okey tak?” Suri mengerutkan dahi. Pilih apa? Pantas dia menoleh melihat
kedai yang dimaksudkan Adam. Barulah dia mengerti mengapa dia diajak keluar
hari ini. Tersipu-sipu dia menggangguk sambil melarikan matanya dari renungan
Adam. Nurul Aiman terus sahaja menarik kedua-duanya memasuki kedai itu.
“Kalau ada
berkenan nanti bagitau saya,ya?”ujar Adam yang membuntuti langkahnya. Suri
sekadar menguntum senyum. Pekerja wanita yang berada di situ segera mengalu-alukan
kedatangan mereka. Adam membiarkan Suri Iman bersama adiknya meninjau
sekeliling sambil dia menumpukan perhatiannya ke arah deretan cincin yang tersusun
indah di sebalik cermin. Gusar hatinya memikirkan bagaimana untuk memilih
cincin nanti. Kalau ada ibunya tidaklah dia bersusah payah bertanyakan itu ini
dengan Suri Iman. Senang sahaja ibunya mengukur saiz jari Suri Iman.
Namun disebabkan Nurul
Aiman,terpaksalah dia memainkan peranan itu. Mahukah Suri Iman nanti?
“Yang tu pun
cantik juga. Akak tak nak cuba ?”soal
Nurul Aiman sambil memandang wajah Suri Iman.
“Akak tak tahulah
macam mana nak pilih,Aiman.” Jawabnya terus terang. Kalau dia tahu,pasti digesa
uminya untuk ikut bersama.
“Takpe,akak pilih mana berkenan.Nanti Aiman
bagitau along,”cadang Nurul Aiman setelah menyedari ketidakselesaan bakal kakak
iparnya itu. Adam Hafizi yang agak jauh dari mereka kelihatan leka bertanyakan
sesuatu kepada pekerja wanita yang berbangsa Cina di kaunter berhadapan
dengannya.
“Tapi…” Suri diam
seketika. Ada
sesuatu yang meresahkannya.
“Nanti Aiman yang
tengok ukuran jari akak,jangan risau.” Seolah-olah mengerti kebimbangan yang
Suri fikirkan,lantas sahaja dia mengenyitkan mata.
Barulah Suri Iman
menarik nafas lega. Seketika kemudian dia duduk bersendirian setelah Nurul
Aiman berlalu ke washroom. Mindanya
kosong. Nak pilih apa? Kalau ada umi kan
senang.
“Awak dah pilih?”
Suara Adam Hafizi yang menerjah pendengarannya dari arah belakang
mengejutkannya. Segera dia menoleh. Seperti biasa,redup mata lelaki itu
membuatkannya gementar. Cepat-cepat dia beralih pandang.
“Belum
lagi,”jawabnya pendek. Lengan panjang blausnya
dipintal-pintal. Adam Hafizi mengambil tempat yang ditinggalkan Nurul Aiman
sambil matanya tidak lari dari terus-terusan merenung Suri Iman.
“Tak ada yang
berkenan?”
Suri Iman
menggeleng laju. Mana Nurul Aiman ni?
“Bukan macam
tu…tapi saya tak tau nak pilih,”jelasnya. Adam Hafizi menggangguk.
“Kalau macam
tu,saya pilihkan awak,boleh?”soal Adam Hafizi meminta keizinan. Suri Iman
mendongak. Lelaki di hadapannya masih begitu,tenang dengan senyuman yang
sentiasa menghiasi wajahnya. Lambat-lambat Suri menggangguk. Sejurus itu Adam
Hafizi meletakkan sebuah kotak baldu berwarna putih betul-betul di hadapannya.
Adam Hafizi segera membuka kotak itu sambil memerhatikan reaksi Suri Iman.
Sebentuk cincin emas bertatahkan permata tersergam indah di sebalik baldu putih
yang menutupinya. Suri Iman tergamam. Wajah tenang Adam dipandangnya sekilas.
“Saya tak pandai
pilih. Tapi saya berkenan tengok yang ni. Kalau awak tak berkenan,kita cari
tempat lain ya?”tutur Adam Hafizi. Seketika tadi dia bertanyakan pekerja wanita
di kedai itu sekiranya ada design yang
baru. Sebaik sahaja pekerja itu mengeluarkan kotak baldu putih itu,hatinya
sudah terpikat. Namun persetujuan Suri Iman tetap menjadi kepentingannya.
“Tak
suka?,”duganya. Suri Iman teragak-agak untuk menjawab. Jika diikutkan
hatinya,mahu sahaja dia memberitahu lelaki itu bahawa dia turut berkenan dengan
pilihannya. Namun suaranya bagaikan tersekat. Adam Hafizi menanti penuh
sabar,dia tahu apa yang bermain di fikiran Suri Iman ketika ini.
“Saya ikut pilihan
awak,”ujar Suri Iman. Yakin. Adam Hafizi tersenyum lebar membuatkan pekerja
yang berada berdekatan mereka ketawa kecil. Nurul Aiman yang baru keluar dari washroom segera mendapatkan alongnya
yang kelihatan agak gembira. Kotak berbalut baldu putih di meja cermin menjadi
perhatiannya.
“Haaa…cantiknya. Siapa
yang pilih? Akak ke?” Nurul Aiman membelek cincin emas itu lantas mengangkat
kening melihat alongnya yang berdehem kuat. Tahulah dia bahawa cincin itu
pilihan alongnya. Tangan Suri Iman dicapai lantas disarungnya cincin itu tadi
ke jari manis setelah melihat signal yang
diberikan oleh alongnya melalui lirikan matanya. Suri Iman tergamam. Namun
hatinya bersyukur dengan kehadiran Nurul Aiman. Cincin yang tersarung di jari
manisnya direnung. Tidak longgar dan tidak ketat.
“Ha moleklah tu. Pandai
along pilih ya?”ujar Nurul Aiman,sengaja ingin menyakat abangnya.
“Eh mestilah.Ni
along tau?” Nurul Aiman mengekek ketawa. Suri Iman sekadar tersenyum malu.
“Ni cincin paling
mahal kat sini ke.?” Soalan yang keluar dari mulut Nurul Aiman membuatkan
hampir semua pelanggan yang berada di situ ketawa. Adam Hafizi turut ketawa.
“Boleh pulak tanya
macam tu? Tak malu betullah adik abang ni.” Nurul Aiman masih lagi dengan sisa
tawanya. Suri Iman membetulkan tudungnya yang langsung tidak ada celanya
itu,sengaja ingin menutup senyumannya.
“We’ll take this.”
Adam Hafizi menghulurkan kotak kecil itu
kepada pekerja yang berada di hadapannya sambil melangkah ke arah kaunter yang
berada di hujung. Dibiarkannya Nurul Aiman dan Suri Iman berbual sambil dia
menjelaskan bil beliannya.
“Getting marry?”soal seorang pemuda
berbangsa Cina yang berada di sebelahnya. Adam Hafizi menggangguk mengiakan
dengan senyuman bangga.
“Congratulation to both of you.” Ucap
pemuda itu. Adam Hafizi ketawa. Sungguh dia berasa gembira ketika ini.
“Thank you,”balas Adam Hafizi.
“Oh..I’ll take this one too.” Adam Hafizi
menghulur sebuah kotak kecil yang digenggam sedari tadi ke arah pekerja wanita
itu. Adam Hafizi melambai tangannya kepada pemuda Cina tadi sebelum dia berlalu
mendapatkan mereka berdua setelah menjelaskan bil.
Usai dengan tujuan
utama,Adam Hafizi segera mengajak Suri Iman dan adiknya ke sebuah café yang berdekatan. Masa berlalu
begitu pantas baginya. Wajah Suri Iman seolah-olah tidak puas dipandang
walaupun berhadapan dengannya. Pertama kali dia mendengar Suri Iman bersuara
riang dan ketawa. Nasiblah Nurul Aiman jenis yang pandai mencipta
perbualan,kalau tidak mati kutulah dia untuk mendengar suara Suri Iman.
Selang sejam
kemudian,mereka bertiga segera keluar dari shopping
mall itu. Niatnya untuk membawa Suri Iman ke butik milik ibunya tidak
kesampaian apabila Nurul Aiman menunjukkan jam di tangannya. Barulah dia sedar
waktu Asar kian menghampiri. Dipendamnya hajat itu untuk hari lain. Yang
penting baginya ialah tujuan utama sudah terlaksana dan wajah Suri Iman sudah mengubat
rindunya.
“Bila akak boleh
keluar lagi?” Nurul Aiman bertanya sebaik sahaja kereta yang dipandu Adam
Hafizi meninggalkan kawasan parkir shopping
mall itu.
“Kurang pasti lagi
Aiman,akak nak siapkan kerja kat kedai bunga akak.Insya-ALLAH kalau ada masa free akak bagitau.”
Suri Iman menjawab jujur. Sememangnya banyak
tempahan yang belum disiapkan.
Nurul Aiman menggangguk faham. Hatinya
sudah berkenan dengan pilihan alongnya ini,malahan tidak sabar-sabar untuk
melihat majlis perkahwinan mereka.
“Kalau macam tu
minta nombor telefon akak lah,boleh?” Nurul Aiman sudah menghulurkan handphone-nya ke arah Suri Iman. Adam
Hafizi langsung menoleh. Suri Iman terus sahaja menekan keypad,memasukkan nombornya ke dalam contacts Nurul Aiman. Adam Hafizi memerhati dengan tekun dari
cermin pandang belakang. Aku pun nak jugak…gumamnya. Menyedari Nurul Aiman
sedang tersenyum penuh makna,segera dia menumpukan perhatian pada pemanduannya.
Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Suri Iman,Adam Hafizi sekadar membisu.
Dibiarkannya mereka berdua berbual,takut untuk menyampuk kerana Suri Iman pasti
senyap apabila mendengar suaranya. Bencikah dia pada ku,desis hati kecil Adam
Hafizi.
Perjalanan
menghantar Suri Iman berakhir dengan cepat bagi Adam Hafizi. Kereta yang
dipandunya sudah memasuki perkarangan rumah Suri. Serasanya belum puas lagi melihat
wajah mulus Suri Iman. Suri Iman segera melangkah keluar dari perut kereta diikuti
dengan Adam Hafizi. Nurul Aiman sekadar menunggu di dalam kereta,memberi
peluang kepada alongnya untuk menghantar Suri Iman ke pintu hadapan.
“Terima kasih sudi
ikut kami”ujar Adam Hafizi sambil berdiri tegak di hadapan Suri Iman. Seperti
sebelum ini,pantas sahaja dia mengundur beberapa tapak ke belakang apabila
menyedari tubuh Adam terlalu hampir dengannya.
“Sama-sama.” Jawab
Suri ringkas.
“Awak masuklah
dulu. Kirim salam dengan umi dan abah awak ya? Assalamualaikum.” Suri menyambut
salam perlahan sambil menguntum senyum sebelum melambai Nurul Aiman yang
memerhati mereka disebalik cermin kereta. Sejurus itu kelibatnya menghilang di
sebalik daun pintu utama. Bergetar jiwa lelakinya melihat senyuman yang terukir
di bibir Suri Iman. Perlahan-lahan dia kembali ke dalam kereta dengan sebuah
senyuman bermakna. Nurul Aiman yang bersebelahan dengannya mengekek ketawa
melihat gelagat alongnya yang angau.
“Minta nombor Kak
Suri nanti ya?”pintanya sambil menepuk-nepuk bahu adiknya.
“Aihh? Nombor buah
hati sendiri pun tak ada ke along?”sakat Nurul Aiman.
“Tak ada. Lupa
minta.”
“Ye ke lupa?
Kesian along ya?”
“Nak bagi tak ni?”
Nurul Aiman menjelirkan lidah. Adam Hafizi
mengeluh.
“Haih…makin
seksalah macam ni.” Kata-kata Adam Hafizi membuatkannya pecah ketawa.
Sah! Memang
alongnya angau!
* * * * *

Tiada ulasan:
Catat Ulasan